top of page



SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SUNGAI SEKAMAT


About Sungai Sekamat:
​
Kampung Sungai Sekamat merupakan sebuah kampung Melayu yang terletak di Cheras, Selangor , Selangor.
​
​
Nama "Cheras" dikaitkan dengan kehebatan Tok Perimbun yang mendiami kawasan itu pada zaman dahulu. Tok Perimbun merupakan guru silat yang gagah perkasa dan pandai bersembunyi. Hanya dengan beberapa rumpun serai sahaja yang melindungi dirinya, dia dapat bersebunyi daripada musuh.
Itulah sebabnya dia dikatakan sebagai Tok Perimbun menyorok di rimbunan pokok serai. Pokok serai banyak di kawasan Sungai Serai sekarang ini. Kehebatannya terletak pada kekuatan kakinya berjalan dan mengayuh sampan kerana pada masa itu tidak ada basikal. Bunyi dia berjalan akan mengeluarkan bunyi 'cheruh cheras cheruh cheras' oleh geseran seluar silat yang berwarna hitam itu. Sesiapa yang berselisih dengan Tok Perimbun ketika berjalan, akan mendapati Tok Perimbun sudah berada di tempat yang ditujui itu Bukit Enggang.
Hajatnya hendak menangkap burung enggang yang banyak di situ. Pengikutnya hairan bagaimana Tok Perimbun boleh sampai terlebih dahulu sedangkan mereka yang lebih dahulu pergi. Namun dalam perjalanan pulang, apabila dia sampai di sebuah bukit, Tok Perimbun tidak berupaya lagi kerana makanannya telah dicampur dengan sembilu buluh. Ilmu silat yang dimilikinya boleh luntur dan ghaib. Tok Perimbun terpaksa dipapah dan didukung.
Maka tempat itu dinamakan Bukit Dukong . Tok Perimbun terpaksa menggunakan sampan di Sungai Sekamat. Sungai Sekamat merujuk kepada keramat Tok perimbun.
​
cc: syd
(https://malay.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=211782&page=6)


VIDEO YANG DIDOKUMENTARIKAN:
Email: ssekamat@gmail.com
bottom of page