top of page
My Pick:
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Search By Tag:
Stay In The Know:

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI SEKAMAT

  • Nasuha Rosle
  • May 22, 2017
  • 2 min read

Kampung Sekamat telah dibuka sekitar tahun 1800 oleh para penghijrah yang kebanyakannya berasal dari Minangkabau, Sumatera. Menurut cerita, kebanyakan peneroka awal yang berhijrah ke kawasan ini adalah golongan yang handal dalam ilmu persilatan dan perbomohan. Para peneroka ini juga terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Nama kampung ini dipercayai diperoleh daripada seorang penduduk kampung tersebut yang bernama Kamat. Kamat merupakan seorang penggali sumur atau telaga yang tinggal di pedalaman kampung. Para penduduk di kawasan itu sering mendapatkan khidmat beliau dan apabila mereka ditanya oleh penduduk lain ketika dalam perjalanan ke rumah Kamat, mereka akan menjawab, "Hendak ke rumah Si Kamat."



Lama-kelamaan tempat ini dikenali sebagai 'Sikamat' dan oleh kerana kedudukan rumahnya yang berdekatan dengan sebatang sungai, maka nama kawasan tersebut menjadi Sungai Sekamat hingga ke hari ini.


Kampung Sungai Sekamat telah wujud hampir 120 tahun yang lalu. Kampung ini terletak kira-kira 2.3 kilometer arah utara dari bandar Kajang. Keadaan kawasan kampung ini pada waktu itu hanyalah hutan rimba yang tebal. Pada tahun 1876, kampung ini telah diterokai oleh pendatang dari tanah Minang (Sumatera).

Kebanyakan mereka terdiri dari golongan pemdekar, bomoh perubatan tradisional dan orang-orang alim. mereka menerokai kawasan kampung ini dengan membuat rumah serta bersawah dan berladang. Bagi kawasan yang tinggi mereka menanam pokok getah manakala di kawasan rendah pula mereka bersawah.

Sekarang Kampung Sungai Sekamat terus maju sejajar dengan kemajuan negara di bawah naungan Kerajaan Negeri Selangor. Jawatankuasa Kemajuan (JKKK) sentiasa berusaha memajukan masyarakat serta memupuk rasa tanggungjawab bersama badan-badan perrtubuhan yang terdapat di kampung ini. Kerjasam yang diberikan oleh semua pihak menyebabkan masyarakat hidup amandan makmur.

Penduduknya sekarang sudah sampai ke generasi yang keempat jika dikira dari penama asal geran tanah yang ada. Kebanyakkan penduduk bekerja di sektor aam, swasta dan ada juga berniaga. Ada di antara penduduk watan berkelulusan universiti serta golongan professional. Kampung ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan, bekalan api, elektrik dan air. Selain itu juga terdapat sebuah masjid, balairaya, klinik bidan, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama.

Golongan belia lelaki pula aktif di bidang sukan dan mempunyai kelab sukan berdaftar. Semoga rahmat Allah di doakan agar Kampung Sungai Sekamat penduduknya di dalam perlindungan NYA.



 
 
 

Comments


© 2023 by The Beauty Room. Proudly created with Wix.com

bottom of page